Wednesday, January 20, 2010

Penderitaan 1 Keluarga Miskin di Kg Tasek, Pengkalan Hulu

0 comments

Phit Samoi A/P Anan wanita keturunan Siam berusia 25 tahun, hidup dalam keadaan daif bersama keluarga 9 adik beradik yang lain di Kg Tasek, Pengkalan Hulu, jumlah anggota keluarga mereka adalah seramai 12 orang. Bapanya bekerja sebagai seorang penoreh getah sementara ibunya tidak berkerja kerana mengalami kemalangan jalanraya beberapa tahun yang lalu akibat tulang kaki patah dan ibunya tidak dapat menolong bapanya bekerja kerana lemah.

Seorang kakak nya yang pekak, bisu, serta tulang belakang bengkok tidak mendapat prihatin daripada pejabat kebajikan masyarakat walaupun Encik Sammran Ketua Ranting PKR Kg Tasek telah membuat laporan kepada jabatan itu. Sehingga hari ini kakak nya yang kurang upaya masih tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan. Phit Samoi dan kakak nya telah lama menunggu Pegawai Kebajikan datang membuat siasatan.

Phit Samoi adalah lulusan STPM dan mendapat 4 principle tahun 2003 dan beliau layak untuk memasuki ke Universiti Tempatan di Malaysia, tetapi malangnya beberapa kali beliau membuat permohonan, kesemuanya gagal tanpa alasan.

Phit Samoi juga pernah memohon perkerjaan serta kursus ternyata usaha beliau selama ini semua nya gagal dan tiada tindakbalas daripada pihak atasan.

Pekerjaan yang pernah beliau pohon pada tahun 2009 adalah seperti berikut :

1. Inspektor PDRM
2. Penolong Pegawai Keselamatan UITM.
3. Penolong Tadbir MDG.
4. Jawatan Universiti Msia Kelantan (UMK)
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Phit Samoi tidak tahu mengapa lain orang boleh berjaya masuk Universiti dan mendapat pekerjaan tetapi permohonan beliau semuanya ditolak, beliau menjangkakan permohonan gagal kemungkinan disebabkan bapanya hanya penduduk tetap dan bukan warganegara walaupun bapanya lahir di malaysia. Penyelia DUN pengkalan Hulu Lee Sing Long tidak bersetuju dengan alasan itu kerana permohonan untuk memasuki Universiti adalah Phit Samoi dan bukan bapanya.

Penyelia DUN Pengkalan HUlu Lee Sing Long menegaskan ini adalah satu contoh dan bukti kerajaan BN tidak prihatin kepada rakyat dan tidak berlaku adil dan dimanakah Slogan yang dilaung-laungkan selama ini "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" mungkin ini hanya retorik semata-mata. Mereka hanya ada berminat mengaut harta rakyat dan mengambil kayu balak di kawasan ini.

Kakak Phit Samoi yang memerlukan perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Penyelia DUN Pengkalan Hulu Lee Sing Long sedang mengambil maklumat daripada keluarga Phit Samoi

Phit Samoi bersama adik beradiknya dihadapan rumah


Phit Samoi sedang menunjukkan tulang belakang kakaknya yang bengkok memerlukan perhatian daraipada Jabatan Kebajikan

Phit Samoi lulusan STPM

Penyelia DUN Pengkalan Hulu bersama Phit Samoi Ibu dan kakaknya dihadapan rumah mereka
Ibu Phit Samoi

Baca seterusnya...

Wednesday, January 20, 2010

Sejarah Pekan Kroh

0 comments

Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.

Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.

Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.

Kini, tinggalan tasik kecil tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Baca seterusnya...

Hakcipta 2010 PKR RANTING TASEK PENGKALAN HULU | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack